Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 31 Mac 2022

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Khamis, 7 April 2022
07 Apr 2022 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD115.6 bilion pada 31 Mac 2022. Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan[1], dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 


[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 7.4 bulan import barangan tertangguh (15 Mac 2022: 7.3 bulan). Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana “Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import – daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan” dalam Buletin Suku Tahunan BNM - Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/documents/20124/6118085/qb2021q4_bm_box_imports.pdf


Bank Negara Malaysia
07 April 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?