Rizab antarabangsa BNM pada 12 November 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 22 November 2004
22 Nov 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat pada separuh pertama bulan November kepada RM231.4 bilion (AS$60.9 bilion) pada 12 November 2004. Peningkatan sebanyak RM5.4 bilion (AS$1.4 bilion) semasa tempoh tersebut telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk pelaburan portfolio. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan, penghantaran balik dividen dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 November 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?