Rizab Antarabangsa BNM pada 13 Disember 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1600 pada Isnin, 23 Disember 2002
23 Dis 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM130 bilion atau AS$34.2 bilion pada 13 Disember 2002. Aliran masuk daripada pembawaan pulang perolehan eksport berkekalan besar pada separuh pertama bulan Disember. Aliran masuk ini telah mengimbangi sebahagian daripada pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik pinjaman luar negeri yang lebih tinggi, penghantaran pulang keuntungan dan dividen oleh pemastautin pada akhir tahun dan pelaburan luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
23 Disember 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?