Rizab Antarabangsa BNM pada 13 Jun 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1900 pada Jumaat, 20 Jun 2003
20 Jun 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat lagi kepada RM139.7 bilion atau AS$36.8 bilion pada 13 Jun 2003. Peningkatan sebanyak RM1.2 bilion atau AS$0.3 bilion pada separuh pertama bulan Jun adalah disebabkan oleh aliran masuk perolehan eksport, aliran masuk dana asing dan pelaburan langsung asing. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, penghantaran pulang dividen dan pembayaran balik pinjaman luar negara. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.7 bulan import tertangguh dan adalah 4.6 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
20 Jun 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?