Rizab Antarabangsa BNM pada 13 Mei 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Khamis, 22 Mei 2003
22 Mei 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat lagi kepada RM138.1 bilion atau AS$36.3 bilion pada 13 Mei 2003. Peningkatan sebanyak RM3.2 bilion atau AS$0.8 bilion pada separuh pertama bulan Mei adalah terutamanya, disebabkan oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, dan sebahagiannya pembayaran balik pinjaman luar negara oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.4 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Mei 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?