Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Dis 2001

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 21 Disember 2001
21 Dis 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM144 juta atau AS$38 juta pada separuh pertama bulan Disember kepada RM116.7 bilion atau AS$30.7 bilion pada 14 Disember 2001. Kenaikan rizab yang berkekalan mencerminkan aliran masuk bersih yang berterusan daripada perdagangan dan pelaburan langsung asing. Aliran masuk ini adalah lebih daripada memadai untuk membiayai penghantaran pulang keuntungan dan dividen pada penghujung tahun dan pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih besar. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5 bulan import tertangguh dan adalah 6 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
21 Disember 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?