Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Februari 2003
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM131 bilion atau AS$34.5 bilion pada 14 Februari 2003. Aliran masuk daripada perolehan eksport yang dibawa pulang berkekalan manakala dana portfolio mencatatkan aliran masuk bersih pada separuh pertama bulan Februari. Aliran masuk ini diatasi oleh pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, termasuk pembayaran dividen, pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih tinggi, dan pembayaran untuk pengambilalihan kepentingan asing dalam sektor gas oleh sebuah syarikat Malaysia. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.3 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.