Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Februari 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM2.6 bilion atau AS$0.7 bilion pada separuh pertama bulan Februari kepada RM183.9 bilion atau AS$48.4 bilion pada 14 Februari 2004. Peningkatan rizab pada separuh pertama bulan Februari disokong oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih besar, dan aliran masuk dana portfolio. Aliran keluar pada separuh pertama bulan Februari mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik hutang luar negara oleh sektor swasta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan adalah 5.4 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.