Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Jul 2001

Embargo: Untuk siaran segera
23 Jul 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM3.96 bilion atau AS$1.04 bilion pada separuh pertama bulan Julai. Ia telah menaikkan paras rizab kepada RM102.8 bilion atau AS$27.1 bilion pada 14 Julai 2001, berbanding sebanyak RM98.9 bilion atau AS$26.0 bilion pada akhir bulan Jun 2001. Paras rizab ini memadai untuk pembiayaan 4 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negara jangka pendek.

Peningkatan rizab pada separuh pertama bulan Julai adalah disebabkan terutamanya oleh pengambilan perolehan daripada Nota AS$1 bilion dengan tempoh matang sepuluh tahun yang diterbitkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 29 Jun 2001 serta aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan dan kemasukan bersih dana portfolio.


Bank Negara Malaysia
23 Julai 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?