Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Julai 2014

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 22 Julai 2014
22 Jul 2014 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM423.8 bilion (bersamaan dengan USD131.9 bilion) pada 14 Julai 2014. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.9 bulan import tertangguh dan ialah 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].

 
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang diberikan definisi semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia Suku Pertama 2014.

Bank Negara Malaysia
22 Julai 2014

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?