Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Jun 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 21 Jun 2002
21 Jun 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM389 juta atau AS$102.4 juta kepada RM124.1 bilion atau AS$32.7 bilion pada 14 Jun 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang nyata adalah lebih daripada memadai untuk menampung pembayaran balik pinjaman luar negeri serta pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!