Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Mac 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Rabu, 20 Mac 2002
20 Mac 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat lagi kepada RM124 bilion atau AS$32.6 bilion pada 14 Mac 2002. Peningkatan sebanyak RM4.4 bilion atau AS$1.2 bilion pada separuh pertama bulan Mac mencerminkan aliran masuk perolehan eksport yang berterusan, kemasukan bersih dana portfolio dan pengambilan perolehan daripada pinjaman luar negeri. Pada bulan Mac 2002, Kerajaan Persekutuan telah membuka semula Nota bernilai AS$1 bilion dengan kadar kupon sebanyak 7.5% yang matang pada tahun 2011 dengan nilai tambahan sebanyak AS$750 juta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.​​​​​​​


Bank Negara Malaysia
20 Mac 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?