Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Mac 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1930 pada Jumaat, 21 Mac 2003
21 Mac 2003
Siaran Akhbar
Pada 14 Mac 2003, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM131.7 bilion atau AS$34.7 bilion. Walaupun terdapat pembayaran balik pinjaman luar negeri yang agak besar oleh sektor awam, paras rizab yang tinggi adalah disokong terutamanya oleh aliran masuk bersih perolehan eksport yang dibawa pulang yang nyata lebih tinggi dan pendapatan daripada pelaburan. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.3 bulan import tertangguh dan adalah 4.4 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!