Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Mei 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 21 Mei 2004
21 Mei 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM1.8 bilion atau AS$0.5 bilion kepada RM204.7 bilion atau US$53.9 bilion pada 14 Mei 2004. Peningkatan rizab telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan ekport yang berkekalan, pengambilan pinjaman luar negeri oleh sektor swasta dan aliran masuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing yang berterusan. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan penghantaran pulang dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan adalah 5.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
21 Mei 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?