Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Mei 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 20 Mei 2005
20 Mei 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM284.4 bilion (USD74.8 bilion) pada 14 Mei 2005. Peningkatan sebanyak RM4.2 bilion (USD1.1 bilion) pada separuh pertama bulan Mei disebabkan terutamanya oleh penghantaran balik perolehan eksport yang lebih tinggi dan aliran masuk pelaburan portfolio. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan penghantaran balik dividen. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan merupakan 7.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!