Rizab Antarabangsa BNM pada 14 November 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1900 pada Jumaat, 21 November 2003
21 Nov 2003
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia adalah lebih tinggi pada separuh bulan pertama November. Rizab meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau AS$0.3 bilion kepada RM166.9 bilion atau AS$43.9 bilion pada 14 November 2003. Aliran masuk mencerminkan terutamanya pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan dan aliran masuk dana asing untuk pelaburan, manakala aliran keluar disebabkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan serta penghantaran pulang dividen. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.0 bulan import tertangguh dan adalah 4.7 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!