Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Ogos 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 23 Ogos 2004
23 Ogo 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM206.9 bilion (AS$54.4 bilion) pada 14 Ogos 2004. Peningkatan sebanyak RM491 juta (AS$129 juta) pada separuh pertama bulan Ogos telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih besar dan pengambilan pinjaman luar negeri yang sederhana. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, serta aliran keluar yang sederhana disebabkan oleh pelaburan portfolio dan penghantaran balik dividen. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
23 Ogos 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?