Rizab Antarabangsa BNM pada 14 Sep 2001

Embargo: Untuk siaran segera
21 Sep 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM1.2 bilion atau AS$327 juta pada separuh pertama bulan September kepada RM106.5 bilion atau AS$28 bilion pada 14 September 2001, berbanding sebanyak RM105.3 bilion atau AS$27.7 bilion pada 30 Ogos 2001. Kenaikan rizab mencerminkan aliran masuk yang berterusan daripada perdagangan, pelaburan langsung asing serta kemasukan bersih dana portfolio yang lebih daripada mengimbangi pembayaran terhadap perkhidmatan. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 4.3 bulan import tertangguh dan adalah 5.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
21 September 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?