Rizab Antarabangsa BNM pada 14 September 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 23 September 2002
23 Sep 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM130 bilion atau AS$34.2 bilion pada 14 September 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang berkekalan pada separuh pertama bulan September mengatasi aliran keluar yang mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan. Tambahan lagi, aliran masuk dana portfolio yang berterusan telah diatasi sedikit oleh aliran keluar dalam tempoh ini. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!