Rizab Antarabangsa BNM pada 15 April 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 22 April 2003
22 Apr 2003
Siaran Akhbar
Pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan pendapatan daripada pelaburan menyokong peningkatan selanjutnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada separuh pertama bulan April. Rizab meningkat sebanyak RM1 bilion atau AS$0.3 bilion kepada RM133.6 bilion atau AS$35.2 bilion pada 15 April 2003. Aliran keluar dalam tempoh ini mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, dan sebahagiannya aliran keluar dana portfolio dan pembayaran balik pinjaman luar negara. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!