Rizab Antarabangsa BNM pada 15 April 2004
Pada separuh pertama bulan April, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM8.9 bilion atau AS$2.3 bilion kepada RM204 bilion atau AS$53.7 bilion pada 15 April 2004. Aliran masuk mencerminkan pembawaan pulang perolehan eksport yang ketara lebih tinggi dan pengambilan satu pinjaman luar negeri yang besar. Aliran masuk yang lain termasuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing. Walaupun pembayaran untuk pelaburan luar negeri juga adalah lebih tinggi, aliran keluar lain pada tempoh tersebut adalah lebih rendah, mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan adalah 5.7 kali hutang luar negeri jangka pendek
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.