Rizab Antarabangsa BNM pada 15 April 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1730 pada Jumaat, 22 April 2005
22 Apr 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM276.7 bilion (AS$72.8 bilion) pada 15 April 2005. Peningkatan sebanyak RM1.6 bilion (AS$0.4 bilion) pada separuh pertama bulan April telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, aliran masuk pelaburan langsung asing dan pengambilan pinjaman luar negeri. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhimatan dan penghantaran balik dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan adalah 6.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 April 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?