Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Disember 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 22 Disember 2003
22 Dis 2003
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kekal pada RM166.7 bilion atau AS$43.9 bilion pada 15 Disember 2003. Paras rizab yang tinggi ini disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport dan aliran masuk dana asing untuk pelaburan portfolio. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan, penghantaran pulang dividen serta pembayaran balik hutang luar negara oleh sektor awam. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.0 bulan import tertangguh dan adalah 4.8 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!