Rizab antarabangsa BNM pada 15 Disember 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM241.8 bilion (AS$63.6 bilion) pada 15 Disember 2004. Peningkatan sebanyak RM2.5 billion (US$0.7 billion) pada separuh pertama bulan Disember telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan besar, pelaburan langsung asing yang lebih tinggi dan aliran masuk dana porfolio. Aliran keluar semasa tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.