Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Disember 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1815 pada Khamis, 22 Disember 2005
22 Dis 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM271.4 bilion atau bersamaan USD72 bilion pada 15 Disember 2005. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan ialah 6.4 kali hutang luar negeri jangka pendek. Penurunan rizab dalam bulan Oktober dan November dicerminkan sebahagian besarnya oleh aliran keluar dana spekulatif jangka pendek. Aliran spekulatif telah berkurang dengan ketara pada pertengahan pertama bulan Disember. Aliran keluar pada tempoh ini mencerminkan penghantaran balik keuntungan dan dividen yang lebih tinggi pada akhir tahun.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!