Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Feb 2001
Rizab antarabangsa bersih BNM berjumlah RM110.9 bilion (AS$29.2 bilion) pada 15 Februari 2001, berbanding dengan RM112.1 bilion (AS$29.5 bilion) pada akhir bulan Januari 2001. Paras rizab ini adalah mencukupi untuk membiayai 4.3 bulan import tertangguh dan adalah 6.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Pada dua minggu pertama bulan Februari, masih terdapat pengaliran masuk dana daripada lebihan dagangan; pelaburan langsung asing; dan pendapatan daripada pelaburan. Pengaliran masuk dana ini telah sebahagiaannya dapat membiayai pembayaran faedah dan pembayaran balik hutang luar negara oleh sektor swasta bukan bank serta penghantaran pulang dividen dan keuntungan, di samping pengaliran keluar dana portfolio.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.