Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Feb 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 22 Februari 2002
22 Feb 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau AS$287 juta pada separuh pertama bulan Februari kepada RM118.6 bilion atau AS$31.2 bilion pada 15 Februari 2002. Aliran masuk mencerminkan peningkatan perolehan eksport yang dibawa pulang dan aliran masuk bersih modal portfolio. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.2 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Februari 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?