Rizab antarabangsa BNM pada 15 Februari 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 22 Februari 2005
22 Feb 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat sebanyak RM5 bilion (AS$1.3 bilion) kepada RM269.6 bilion (AS$71 bilion) pada 15 Februari 2005. Peningkatan rizab pada separuh pertama bulan Februari disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, pelaburan langsung asing dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya oleh pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan adalah 6 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Februari 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?