Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Jan 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1730 pada Selasa, 22 Januari 2002
22 Jan 2002 Siaran Akhbar

Rizab terus menunjukkan tren yang meningkat sehingga separuh pertama bulan Januari 2002. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM575 juta atau AS$151 juta pada separuh pertama bulan Januari kepada RM117.8 bilion atau AS$31 bilion pada 15 Januari 2002. Aliran masuk mencerminkan perolehan eksport yang dibawa pulang dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang lebih daripada memadai untuk membiayai aliran keluar bersih untuk pembayaran perkhidmatan, pelaburan luar negeri oleh pemastautin dan pembayaran balik hutang luar negeri. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.1 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Januari 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?