Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Januari 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 22 Januari 2003
22 Jan 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM130.9 bilion atau AS$34.4 bilion pada 15 Januari 2003. Aliran masuk daripada pembawaan pulang perolehan eksport adalah lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing berterusan pada separuh pertama bulan Januari. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik pinjaman luar negeri dan aliran dana portfolio. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
22 Januari 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?