Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Januari 2004
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1600 pada Rabu, 21 Januari 2004
21 Jan 2004
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM2.9 bilion atau AS$0.8 bilion pada separuh pertama bulan Januari kepada RM173.5 bilion atau AS$45.7 bilion pada 15 Januari 2004. Peningkatan ini mencerminkan terutamanya pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih besar, pelaburan langsung asing dan aliran masuk dana portfolio yang lebih besar. Aliran keluar pada separuh pertama bulan Januari adalah terutamanya untuk pembayaran import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik hutang luar negara. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!