Rizab antarabangsa BNM pada 15 Januari 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Khamis, 20 Januari 2005
20 Jan 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM0.7 bilion (AS$0.2 bilion) pada separuh pertama bulan Januari kepada RM254.2 bilion (AS$66.9 bilion) pada 15 Januari 2005. Peningkatan rizab mencerminkan pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, pelaburan langsung asing dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Aliran keluar semasa tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembayaran import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
20 Januari 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?