Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Julai 2002
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat lagi kepada RM130.1 bilion atau AS$34.2 bilion pada 15 Julai 2002. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.7 bulan import tertangguh dan adalah 4.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Peningkatan rizab sebanyak RM2.3 bilion atau AS$614 juta pada separuh pertama bulan Julai mencerminkan pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk bersih dana portfolio. Sementara terdapat pengambilan perolehan daripada Sijil Amanah Global Islam bernilai AS$600 juta yang diterbitkan oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun, terdapat juga pembayaran balik hutang luar negeri sebanyak AS$520 juta.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.