Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Julai 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Selasa, 22 Julai 2003
22 Jul 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM3.8 bilion atau AS$1 bilion pada separuh pertama bulan Julai kepada RM144.7 bilion atau AS$38.1 bilion pada 15 Julai 2003. Pembawaan pulang perolehan eksport terus berkekalan manakala aliran masuk untuk pelaburan portfolio adalah lebih tinggi. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import perkhidmatan yang biasa dan penghantaran pulang dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.9 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Julai 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?