Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Julai 2004
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Khamis, 22 Julai 2004
22 Jul 2004
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat pada separuh pertama bulan Julai kepada RM206.1 bilion (AS$54.2 bilion) pada 15 Julai 2004. Peningkatan sebanyak RM1.4 bilion (AS$0.4 bilion) semasa tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!