Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Julai 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1730 pada Jumaat, 22 Julai 2005
22 Jul 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM285.8 bilion (USD75.2 bilion) pada 15 Julai 2005. Peningkatan sebanyak RM83.2 juta (USD21.9 juta) pada separuh pertama bulan Julai telah disebabkan terutamanya oleh penghantaran balik perolehan eksport yang berkekalan, pelaburan langsung asing yang lebih tinggi dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhimatan yang lebih besar, penghantaran balik dividen, pelaburan luar negeri dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan adalah 7.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
22 Julai 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?