Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Jun 2001

Embargo: Untuk siaran segera
22 Jun 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM356 juta atau AS$94 juta kepada RM98.9 bilion atau AS$26 bilion pada 15 Jun 2001, berbanding sebanyak RM98.6 bilion atau AS$25.9 bilion pada akhir bulan Mei 2001. Paras rizab ini memadai untuk pembiayaan 3.9 bulan import tertangguh dan adalah 5.6 kali hutang luar negara jangka pendek. Berikutan pengurangan jurang perbezaan kadar faedah, pembelian hadapan untuk tujuan pembayaran barangan dan perkhidmatan serta pembayaran balik pinjaman telah berkurangan. Kedudukan rizab sejak pertengahan bulan April 2001 adalah stabil di sekitar AS$26 bilion.


Bank Negara Malaysia
22 Jun 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?