Rizab antarabangsa BNM pada 15 Jun 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 22 Jun 2004
22 Jun 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat sebanyak RM202 juta (AS$53 juta) kepada RM205.1 bilion (AS$54.0 bilion) pada 15 Jun 2004. Peningkatan rizab telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan portfolio. Aliran keluar dalam tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik pinjaman luar negeri serta penghantaran balik dividen yang sederhana. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan menampung 5.4 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Jun 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?