Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Jun 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 22 Jun 2005
22 Jun 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM285.6 bilion (USD75.2 bilion) pada 15 Jun 2005. Peningkatan sebanyak RM1.1 bilion (USD0.3 bilion) pada separuh pertama bulan Jun telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, pengambilan pinjaman luar negeri oleh sektor swasta dan aliran masuk pelaburan langsung asing. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhimatan serta pembayaran balik pinjaman luar negeri oleh sektor awam. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan adalah 7.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Jun 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?