Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Mac 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 22 Mac 2004
22 Mac 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM7.9 bilion atau AS$2.1 bilion kepada RM194.9 bilion atau AS$51.3 billion pada 15 Mac 2004. Peningkatan rizab adalah disebabkan oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi dan aliran masuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing yang lebih besar. Aliran keluar dalam tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar dan pembayaran balik hutang luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan menampung 5.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Mac 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?