Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Mac 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 22 Mac 2005
22 Mac 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus mengukuh kepada RM278.3 bilion (AS$73.2 bilion) pada 15 Mac 2005. Peningkatan sebanyak RM5.4 bilion (AS$1.4 bilion) pada separuh pertama bulan Mac telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, aliran masuk pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio serta pengambilan pinjaman luar negeri. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar dan penghantaran balik dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan adalah 6.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!