Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Mei 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Rabu, 22 Mei 2002
22 Mei 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM124.5 bilion atau US$32.8 bilion pada 15 Mei 2002, iaitu RM36.1 juta atau AS$9.5 juta lebih tinggi daripada paras rizab pada 30 April 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang berterusan dan aliran masuk bersih pelaburan adalah lebih daripada memadai untuk membiayai pembayaran balik pinjaman luar negeri sebanyak AS$330 juta dan bayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Mei 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?