Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Mei 2014
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Khamis, 22 Mei 2014
22 Mei 2014
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM427.6bilion (bersamaan denganUSD131.1 bilion) pada 15 Mei 2014.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang diberikan definisi semula, termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dalam sistem perbankan, dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan berkenaan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!