Rizab Antarabangsa BNM pada 15 November 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1715 pada Jumaat, 22 November 2002
22 Nov 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM1.5 bilion atau AS$0.4 bilion kepada RM130.4 bilion atau AS$34.3 bilion pada 15 November 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang adalah besar dan kemasukan pelaburan langsung asing berkekalan, sementara aliran keluar bersih dana portfolio dan bayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan adalah lebih rendah. Pembayaran balik hutang luar negeri adalah selaras dengan tren terdahulu. Peningkatan rizab mencerminkan kedudukan imbangan pembayaran Malaysia yang berterusan kukuh. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 November 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?