Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Ogos 2001

Embargo: Untuk siaran segera
22 Ogo 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM850 juta atau AS$224 juta pada separuh pertama bulan Ogos kepada RM104.3 bilion atau AS$27.5 bilion pada 15 Ogos 2001, berbanding sebanyak RM103.5 bilion atau AS$27.2 bilion pada 31 Julai 2001. Kenaikan rizab mencerminkan aliran masuk yang berterusan daripada perdagangan dan pelaburan langsung asing yang lebih daripada mengimbangi pembayaran terhadap perkhidmatan dan pelaburan luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 4.1 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Ogos 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?