Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Ogos 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1930 pada Rabu, 21 Ogos 2002
21 Ogo 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM550 juta atau AS$145 juta pada separuh pertama bulan Ogos kepada RM129.9 bilion atau AS$34.2 bilion pada 15 Ogos 2002. Aliran masuk daripada perolehan eksport yang dibawa pulang adalah lebih daripada memadai untuk membiayai pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan serta pelaburan luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!