Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Ogos 2003
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meneruskan trend yang meningkat pada setengah bulan pertama Ogos. Rizab meningkat sebanyak RM1.5 bilion atau AS$0.4 bilion dalam tempoh ini kepada RM146.6 bilion atau AS$38.6 bilion pada 15 Ogos 2003. Peningkatan rizab adalah disebabkan terutamanya pembawaan pulang perolehan ekport yang lebih tinggi dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang terus berkekalan. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik hutang luar negara serta aliran keluar pelaburan portfolio. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 6.0 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.