Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Oktober 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 22 Oktober 2002
22 Okt 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM171.5 juta atau AS$45.1 juta kepada RM129.2 bilion atau AS$34 bilion pada 15 Oktober 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang yang ketara adalah lebih daripada memadai untuk membiayai pembayaran import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik hutang luar negeri, dan aliran keluar dana portfolio. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 Oktober 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?