Rizab Antarabangsa BNM pada 15 Oktober 2003
Embargo: Untuk siaran segera
22 Okt 2003
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM159.4 bilion atau AS$41.9 bilion pada 15 Oktober 2003. Peningkatan rizab sebanyak RM4.6 bilion atau AS$1.2 bilion pada separuh pertama Oktober adalah disebabkan oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan, aliran masuk dana asing dan pelaburan langsung asing. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik hutang luar negara oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 6.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!