Rizab antarabangsa BNM pada 15 Oktober 2004
Embargo: Untuk siaran segera
22 Okt 2004
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM222.1 bilion (AS$58.5 bilion) pada 15 Oktober 2004. Peningkatan sebanyak RM6 bilion (AS$1.6 bilion) pada separuh pertama bulan Oktober telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, aliran masuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik pinjaman luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!